Ditanya 'kenapa engkau bersedih?'
Senyap
Ditanya 'kenapa engkau muram?'
Senyap
Pandanganku pada riangnya senyuman, tapi bukan itu yang aku lihat
pada langit cerah, tapi bukan itu yang aku renung
pada kesegaran air hujan yang turun di waktu pagi,
tapi bukan itu yang aku rasa
kelopak merah mawar,
wangi-wangian di kompleks mahal,
pujian dan lambungan harta yang entah benar,
lenggok cantik perempuan jalang yang berjalan
pandanganku melepasi mereka
pandangan kosongku ah
kerana semuanya telah mati
perasaan
penglihatan
pendengaran
kerana hatiku sudah mati
Sabda Rasulullah saw: Ketahuilah,sesungguhnya dalam jasad terdapat segumpal daging, apabila dia baik maka jasad tersebut akan menjadi baik, dan sebaliknya apabila dia buruk maka jasad tersebut akan menjadi buruk, Ketahuilah segumpal daging tersebut adalah "Qolbu" yaitu hati ". ( Hadis Riwayat Bukhori )
*suka*
ReplyDeletenice entry, sentimental betul :-D
ReplyDelete