Sunday, May 22, 2011

PREPARATION

Adalah seorang lelaki ni yang pandai. Dia akan mengambil peperiksaan yang SANGAT penting lagi 4 bulan tapi dia masih dok rilek je.

"Takpe, exam lama lagi. Ada lagi dalam 4 bulan kot," katanya dalam hati. Memanglah dia risau sikit, tapi entahlah memang jenis stok malas and carefree. Tapi apa-apa pun dia concentrate lagi dalam kelas, takdelah hilang sekejap ada, sekejap takde macam Chipsmore jual kat kedai runcit. Jadi dia pun dok melahgho; main DOTA, baca komik, lepak-lepak dgn member yang sama kepala, apa-apa je aktiviti yang boleh buat dia gembira. Indulging in guilty pleasures, ya know.

Anyway, tanpa disedari masa telah berlalu dengan cepatnya dan tinggal seminggu je sebelum peperiksaan start. Haa dah start gelabah s0 dia pun mulalah belajar, buka buku, garu kepala sana sini, masuk kanan keluar masa exam.
Nak dikatakan nasib baik, result gempak pula.
Tapi, point yang nak disentuh (skema la pula macam ayat periksa je) ialah sebab dia tahu the exact date of examination jadi bolehlah prepare everything semua.

This story somehow reminds me of orang-orang yang sibuk dok enjoy masa muda diorang.
"alahh...masa mudalah kita kena enjoy babe. Bila lagi nak huhaaa, nanti dah tua dah kerepot semua benda terbatas. Time2 tu baru lah cover balik, solat dan beribadah semua mendekatkan diri kepada Tuhan. Standard lah tu."

Sesetengah orang tu, bila dah tua baru nak prepare for akhirat, nak sedar diri tu dah banyak buat dosa.
Yelahh, exam kita boleh ah prepare last minute pun takpe sebab kita tahu bila exact date tapi tarikh kita meninggalkan dunia yang indah gemalai penuh peluang namun memabukkan ini takde siapa yang tahu.
Alih2 umur tak sampai 30 dah mampus kena langgar lori or kena parang dengan saudara sendiri.
We never know, orang sekarang ramai yang gila.Sakit mental. (Ini pendapat I based on what i've read in newspapers la..but the world can be a scary place)

Oleh itu, kalau boleh at least we should try to buat amal sebanyak-sebanyaknya and buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. And i'm trying too.Its really hard but i won't stop trying still.
Ini nasihat untuk diri sendiri jugalah yang kadang2 leka dan lalai.

anyway, fikir2lah sendiri tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment