Thursday, July 15, 2010

Sajak Untuk Dia yang Kusuka

Salam.
Sepatutnya sekarang aku sedang menyiapkan assignments yang berlambak dan bertimbun atas meja tapi fikiran dan perasaan mungkin tidak akan sepenuhnya tertumpu pada kerja-kerja tersebut kerana sekarang aku berasa angau.
Jadi, daripada menyiapkan kerja dengan cincai dan kemudian mendapat markah yang cincai juga, lebih baik buat lepas update blog. (Maaflah ye cikgu lepas ni saya siapkan...)

Hari ini aku terfikir pasal orang yang aku suka.
Bagiku, perasaan suka itu sangat luas. Seluas-luas langit yang terbentang, seluas-luas air laut yang tiada hujung dan tidak terbatas oleh horizon.
Perasaan rindu itu menyakitkan hati kerana ia menyebabkan orang menjadi tidak keruan dengan mata yang separuh tertutup. Kalau boleh aku ingin letupkan saja dengan dinamit 100kg biar hilang terus.
Aku ingin membuat satu sajak tentang orang itu tapi payah betul.

Sajak untuk dia yang kusuka

Teringin menyusun kata-kata pujangga cinta
Hmm...
Alisku bertaut, dahiku mengerut
Mencari diksi dalam perkataan yang bertaburan
bagai pasir di Sahara
Bermain dengan rangkaian-rangkaian abjad
Yang diselitkan sedikit rasa
Juga metafora, eufemisme dan segala macam gaya
Lalu membentuk sesuatu yang ajaib
Dan romantis
Dan manis
Dan mencuit hati
Dan penuh humor
Dan segala yang indah
Untuk kusampaikan apa yang tersirat
Dalam hati dan fikiran
Agar kau mengerti.


Aku bukan nak mengiming-iming ke apa.
I just want to make good poems. I will work hard for that.

2 comments:

  1. pehh... meleleh!! hasil otak sendiri ka nih? kalo hasil otak sendiri, mmg salute lah!! respek..

    ReplyDelete
  2. Hey, hey Dayana kalau dah byk nanti, sila compile. Then boleh hantar manuscript kat Sang Freud press, diorg publish stuff in BM only :)

    Saya suka! btw. Hehe.

    ReplyDelete