Friday, June 25, 2010

Topeng

Aku ingin lari jauh-jauh,
melepasi semua orang,
tidak seperti mereka aku tidak bermuka,
biarlah mereka memandang dengan jelik pun,
mahupun tersenyum sinis,
aku mahu terus melangkah laju,
tapi sepertinya kakiku tidak mampu bergerak.

Aku mahu teriak sekuat hati,
sampai benua dihujung mendengar sekali,
betapa aku sudah penat,
betapa aku sudah sangat letih mencuba,
jasadku seperti ingin cair menjadi lumpur,
tapi sepertinya ia tersekat di kerongkongku.

Yang mana satu aku?
Ah, terlalu banyak wajah yang bersepah-sepah,
teruskan mencari bisik mereka,
teruskan,
tapi aku sendiri pun tidak tahu bagaimana.

3 comments: